Minggu lepas, sepena musim Le Tour De Langkawi terasa untuk mencuba 7 frame persecond speed yang ada pada kamera baru dan sigma 70 -300 yang baru di beli terasa gatal nak shoot basikal la plak.
Pada jumaat, rombongan LtdL sampai ke putrajaya untuk pusingan ke 6. So, apa lagi terus kumpulkan kelengkapan dan keluar menembak. Tapi nasib pada hari tu bercampur. Keluar je dari pejabat (tanpa izin) terus jem, disebabkan jalan ditutup untuk ketibaan basikal - basikal pelumba, so apa lagi terus turun kete dan shoot.
Sempat la dapat 5 6 keping dan kami terus berkejar untuk ke PICC (konon - kononya).. Tapi tiba je dekat dengan PICC, Kete tak boleh masuk kerana jalan telah ditutup. Jadi, pakin kete tepi jalan dan berjalan kaki ke kawasan PICC.. Nasib baik la sempat lagi dengan pelumba - pelumba...
so, ini lah hasil dari pengejaran LtdL 11.

0 comments:
Post a Comment