Entry pertama untuk februari ini adalah mengenai broadband terbaru iaitu yes, satu produk dari YTL yang tiada kaitan langsung dengan komunikasi.
YES menggunakan teknologi 4G, yang menggunakan microwave untuk sambungan. Kelajuan? Hari pertama penggunaanya, kelajuan mencatat 10mb download dan 6mb upload.
Bayaran? Menggunakan sistem prepaid. Permulaan sebanyak rm 50 pendaftaran + usb rm 99 (laptop atau ipad sahaja) atau huddle rm399(boleh share dgn 4 device serentak) + topup rm30. Kadar penggunaan dikira dengan 1mb = 3sen. Apa yang menariknya ialah, yes juga boleh digunakan untuk membuat panggilan suara (kaedah skype) dan menghantar sms (tapi aku sendiri tidak pernah mencubanya) dikira sebanyak 1 sms 9 sen dan suara 1 minit 9 sen.
Pada pendapat seorang yang menggunakan telefon untuk melayari internet, Facebook, Flickr dan merapu - rapu, kadar sebanyak rm 2 sehari yang dikira sekarang ni amat memadai ( 2 telefon serentak, sebab bini aku pun join skali), tapi jangan sesekali bukak youtube, kerana cepat video download, cepat la credit habis (youtube xde buffering).
So, sape-sape yang nak try benda ni sangat digalakkan. Markah untuk benda ni 8.5/10
Posted via Blogaway for android

2 comments:
februari??? januari maaa uhuu nk cepat la pulokk...en.diN sila tukar link blog sy tQ ehee
ehhehe, terlalu excited la. ok.. aku pun tak tehu yang mana satu ko punya link
Post a Comment